Semakin hampir dengan tarikh pelancaran permainan video The Last of Us Part II, Sony baru-baru ini telah mengumumkan sebuah bundle edisi terhad PS4 Pro yang bertemakan permainan tersebut yang turut dilancarkan pada tarikh keluaran permainannya iaitu pada 19 Jun 2020 ini.

Bundle istimewa ini hadir dengan konsol PS4 Pro yang mempunyai ukiran yang berdasarkan lukisan tatu yang terdapat pada lengan Ellie dalam sekuel terbaharu ini. Manakala alat kawalan juga mempunyai rekaan yang sama, bersama dengan logo permainan di pad sesentuh. Selain itu, salinan fizikal permainan The Last of Us Part II bersama kod tebusan kandungan digital The Last of Us Part II PS4 dynamic theme, avatars turut akan disertakan di dalam bundle ini.

PS4 Pro

Lebih menarik lagi, mereka juga mengumumkan set fon kepala Gold Wireless dan juga cakera keras luaran Seagate yang turut mempunyai rekaan khas berdasarkan permainan tersebut.

Bagi cakera luaran keras, Sony berkolaborasi bersama Seagate untuk menghasilkan The Last of Us Part II Officially Licensed Seagate 2TB Game Drive Edisi Terhad. Pacuan permainan dengan lesen rasmi ini turut menampilkan reka bentuk dengan tatu Ellie yang terukir padanya dan menawarkan peningkatan external hard drive untuk sistem PS4 (versi perisian 4.50 dan ke atas), dengan kapasiti untuk memasang 50+ permainan.

Walau bagaimanapun, berita buruk untuk peminat tempatan kerana Sony Interactive Entertainment Singapore Private Limited (SIES) tidak akan membawa masuk PS4 Pro dengan rekaan The Last of Us Part II ke dalam pasaran Malaysia. Hanya DualShock 4 Edisi TLOU2 dan headset sahaja yang akan dibawa masuk ke pasaran Malaysia.

Alat kawalan akan dijual dengan harga RM279 dan set fon kepala akan dijual dengan harga RM449. Kedua-dua aksesori ini akan dilancarkan serentak bersama-sama dengan pelancaran The Last of Us Part II iaitu pada 19 Jun ini.

PS4 pro

Untuk makluman semua, pra-tempah untuk permainan The Last of Us Part II telah pun dibuka bagi mereka yang berminat untuk mendapatkan permainan ini. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.

Pra-Tempah The Last of Us Part II Sudah Mula Dibuka Hari Ini