Sebelum, Sony Interactive Entertainment mengumumkan bahawa pihak mereka akan menundakan pelancaran buat permainan eklusif terbaharu mereka iaitu Ghost Of Tsushima ke 17 Julai 2020 ini.

Terkini, Sony Interactive Entertainment akhirnya mengumumkan harga rasmi bagi edisi terhad tersebut termasuklah beberapa kandungan bonus tambahan lain bagi permainan video ini.

Ghost Of Tsushima

Studio Sucker Punch iaitu pembangun kepada permainan ini mengumumkan bahawa mereka akan menyertakan tema khas untuk PlayStation 4 bagi mereka yang membuat pra-tempahan permainan ini.

Lebih menarik lagi, Sony juga turut mengumumkan rantai pemegang kunci khas Omamori khas Ghost Of Tsushima yang akan turut disertakan secara bersama bagi mereka yang membeli salinan fizikal permainan ini.

Ghost Of Tsushima

Berikut adalah senarai edisi permainan yang anda boleh pra-tempah bersama senarai kandungan yang akan disertakan.

1. Ghost Of Tsushima Edisi Biasa (Digital)

GOT_SKU_DigitalStandard_ENG-1536×864

Edisi pertama yang diumumkan oleh Sony adalah edisi biasa yang dijual secara digital. Ianya boleh dipra-tempah dengan harga bermula RM249 melalui PSN Store. Berikut adalah senarai kandungan disertakan:

  • Permainan Penuh Ghost Of Tsushima
  • Kandungan Bonus Pra-Tempah: Avatar Jin
  • Kandungan Bonus Pra-Tempah: Muzik Latar Digital
  • Kandungan Bonus Pra-Tempah: Tema Dinamik Khas “Jin” PlayStation 4 (Boleh terus akses selepas pra-tempah)

2. Ghost Of Tsushima Edisi Deluxe (Digital)

GOT_SKU_Digital-Deluxe_ENG-1536×864

Edisi seterusnya adalah edisi Deluxe secara digital yang mana juga boleh dipra-tempah melalui PSN Store dengan harga RM299. Ianya akan menyertakan pelbagai kandungan tambahan termasuklah kandungan bonus pra-tempah iaitu:

  • Permainan Penuh Ghost Of Tsushima
  • Kandungan Bonus Pra-Tempah: Avatar Jin
  • Kandungan Bonus Pra-Tempah: Muzik Latar Digital
  • Kandungan Bonus Pra-Tempah: Tema Dinamik Khas “Jin” PlayStation 4 (Boleh terus akses selepas pra-tempah)
  • 1 Nilai “Technique Point”
  • Barangan Charm Of Hachiman’s Favor
  • Kostum “Hero Of Tsushima”:
    1. Topeng emas
    2. Baju perisai
    3. Kit pedang
    4. Kuda
    5. Pelana
  • Buku karya digital oleh Dark Horse
  • Ulasan pengarah bersama sejarawan Jepun berkenaan pembinaan dunia Ghost Of Tsushima
  • Tema Dinamik Khas “Samurai” PlayStation 4

3. Ghost Of Tsushima Edisi Biasa (Fizikal)

Ghost Of Tsushima

Seperti biasa, Sony Interactive Entertainment juga turut mengumumkan edisi biasa secara salinan fizikal yang akan dijual apabila ianya dilancarkan kelak di mana anda boleh dapatkannya di mana-mana pengedar rasmi PlayStation dengan harga RM249.

Lebih menarik lagi, kandungan bonus pra-tempahan juga diumumkan akan tiba melalui baucar khas di dalam permainan tersebut yang mana ia akan turut hadir bersama:

  • Permainan Penuh Ghost Of Tsushima
  • Kod Kandungan Bonus Pra-Tempah: Avatar Jin
  • Kod Kandungan Bonus Pra-Tempah: Muzik Latar Digital
  • Kod Kandungan Bonus Pra-Tempah: Tema Dinamik Khas “Jin” PlayStation 4
  • Rantai Pemegang Kunci Omamori

4. Ghost Of Tsushima Edisi Terhad (Fizikal)

Ghost Of Tsushima

Bagi edisi ‘Collector’ atau edisi terhad bagi permainan Ghost Of Tsushima, Sony Interactive Entertainment kini akhirnya mengumumkan yang mana permainan tersebut boleh dipra-tempah dengan harga RM859 dan ianya akan menyertakan pelbagai kandungan menarik bersamanya.

Berikut adalah kandungan yang akan disertakan melalui edisi terhad ini:

  • Permainan penuh Ghost Of Tsushima
  • Kod Kandungan Digital: Avatar Jin
  • Kod Kandungan Digital: Muzik Latar
  • Kod Kandungan Digital: Tema Dinamik Khas “Jin” PlayStation 4
  • Topeng Sakai khas
  • Peta kain
  • Sepanduk perang “Sashimono”
  • Kain pembalut “Furoshiki”
  • Bekas besi khas
  • Buku karya seni khas sebanyak 48 muka surat oleh Dark Horse
  • 1 Nilai “Technique Point”
  • Barangan Charm Of Hachiman’s Favor
  • Kostum “Hero Of Tsushima”Topeng emas:
    1. Baju perisai
    2. Kit pedang
    3. Kuda
    4. Pelana
  • Ulasan pengarah bersama sejarawan Jepun berkenaan pembinaan dunia permainan ini
  • Tema Dinamik Khas “Samurai” PlayStation 4

Bagi mereka yang berminat dengan mana-mana pilihan yang ditawarkan seperti yang dinyatakan di atas, anda boleh mula membuat pra-tempahan permainan ini di mana-mana pengedar rasmi PlayStation dan bagi versi Digital ianya boleh dipra-tempah melalui PSN Store.

Ghost Of Tsushima akan dilancarkan secara rasmi pada 17 Julai 2020 ini khas di konsol PlayStation 4.

Sebelum ini, Sony juga telah membuka pra-tempah bagi permainan The Last of Us Part II, bagi anda yang berminat boleh lah klik pautan di bawah ini untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.

Pra-Tempah The Last of Us Part II Sudah Mula Dibuka Hari Ini