Pada awal bulan Mei tempoh hari, Geoff Keighley selaku penerbit kepada acara The Game Awards telah mengumumkan bahawa sebuah acara digital khas Summer Game Fest 2020 (SGF 2020) akan berlangsung sepanjang bulan Mei sehingga Ogos ini. Terkini, melalui laman rasmi acara tersebut, Geoff Keighley telah berkongsi beberapa kemaskini acara dan masa di mana terdapat juga beberapa acara yang telah pun diumumkan sebelum ini yang akan disertakan secara bersama di dalam senarai ini.

 

Berikut merupakan senarai acara yang telah diselaraskan dengan waktu tempatan supaya anda lebih memahaminya:

Bulan Mei

  • Acara Sunrise #1 – 13 Mei 2020 – Jam 12 Tengah malam
    • Geoff Keighley akan mengumumkan satu permainan kejutan khas
  • Acara Summer Game Fest Khas – 13 Mei 2020 – Jam 11 Malam
    • Temu bual khas bersama Geoff Keighley dan siaran khas Summer Game Fest

Bulan Jun

  • Steam Game Festival: Edisi Musim Panas – 9 hingga 14 Jun 2020
    • Informasi lanjut boleh di baca di sini.
  • Acara Khas Cyberpunk 2077 – 11 Jun 2020
    • Informasi lanjut akan diumumkan kemudian
  • EA Play – 12 Jun 2020 – Jam 7 Pagi
    • Informasi lanjut boleh di baca di sini.

Bulan Julai

  • Acara Tennocon 2020 – 11 Julai 2020
    • Digital Extremes akan kongsikan informasi lanjut berkenaan permainan Warframe

Bulan Ogos

  • Gamescom: Opening Night Live – 25 Ogos 2020 – Jam 2 Pagi
    • Acara khas digital Gamescom bersama Geoff Keighley dengan pelbagia pengumuman bersama industri

Untuk makluman semua, acara SGF 2020 ini telah menghimpunkan beberapa pembangun permainan video terkenal dunia seperti  2K, Activision, Bandai Namco, Bethesda, Blizzard, Bungie, CD Projekt Red, Digital Extreme, Electronic arts, Square-Enix, Private Division, RIot Games, Steam dan Warner Bros. Interactive.

Lebih menarik lagi, acara tersebut juga akan disertai oleh Sony Interactive Entertainment dan Microsoft turut akan terlibat untuk kedua-dua jenama permainan video mereka iaitu PlayStation dan Xbox.

Senarai acara Summer Game Fest 2020

Semestinya akan terdapat pelbagai acara lain yang masih belum diumumkan dan kami pasti akan mengemaskini segala pengumuman tambahan berkenaan acara-acara di dalam Summer Game Fest kelak di artikel ini.

Klik pautan di bawah jika anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan acara ini.

Summer Game Fest 2020 Bakal Berlangsung Bermula Mei Hingga Ogos