Resident Evil 3 Remake baru sahaja dilancarkan pada awal bulan ini, dan baru-baru ini tersebar pula khabar angin mengatakan bahawa  Resident Evil 4 Remake sedang dalam pembangunan oleh Capcom, dan dijadualkan akan dilancarkan pada tahun 2022.

Khabar angin ini dikeluarkan oleh Video Games Chronicle, yang turut menyatakan permainan ini sedang dibangunkan oleh M-Two, sebuah studio yang berpangkalan di Osaka. Menurut laporan VGC tersebut, permainan video RE4 Remake ini dikhabarkan sudah pun mulakan pembangunan sejak 2018.

Resident Evil 4 R

Sebelum ini, VGC juga pernah melaporkan bahawa Resident Evil 3 sedang dibangunkan oleh Capcom dan ternyata khabar angin tersebut menjadi satu kenyataan apabila permainan tersebut telah pun dilancarkan pada awal bulan ini. Kini, VGC sekali lagi melaporkan bahawa Resident Evil 4 Remake sedang dibangunkan dan telah memasuki produksi penuh dengan tarikh pelepasan anggaran pada tahun 2022.

Menurut laporan itu lagi, pengarah asal RE 4, Shinji Mikami dilaporkan telah menolak untuk mengetuai projek terbaru ini, tetapi beliau dikatakan telah memberi persetujuan dan restu untuk versi Remake. Beliau juga dikatakan akan memberikan beberapa nasihat mengenai arah tuju permainan ini.

Resident Evil 3 Remake juga turut dibangunkan oleh M-Two. M-Two studio merupakan salah sebuah studio yang disokong oleh Capcom dan diasaskan oleh bekas CEO PlatinumGames, Tatsuya Minami. Studio ini terdiri daripada banyak bekas pekerja PlatinumGames dan Capcom. Namun begitu, tiada maklumat lanjut untuk Resident Evil 4 Remake setakat ini.

RE 4 2

Resident Evil 4 pada asalnya dikeluarkan untuk konsol GameCube pada tahun 2005. Ia diikuti dengan keluaran di PlayStation 2 pada tahun yang sama, untuk versi PC dan Wii pada tahun 2007, kemudian versi Remastered mula dilancarkan untuk PlayStation 3 dan Xbox 360 pada September 2011. RE 4 Remastered ini turut dikeluarkan untuk PlayStation 4 dan Xbox One pada Ogos 2016, dan baru-baru ini di Nintendo Switch pada tahun lepas.

Sebelum ini, John Wick Hex turut diumumkan akan dilancarkan di PlayStation 4 pada awal bulan hadapan. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.

John Wick Hex Bakal Dilancarkan Di PlayStation 4 Pada Bulan Hadapan