Sejak diumumkan beberapa hari yang lalu, Assassin’s Creed Valhalla mula dibandingkan dengan permainan God of War yang dilancarkan pada tahun 2018 yang turut menggunakan latar yang sama iaitu Vikings dan kini pengarah bagi permainan tersebut tampil  memberikan penjelasan.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pengarah permainan itu kepada Gamespot, Darby McDevitt selaku pengarah naratif Assassin’s Creed Valhalla, telah memperincikan bahawa terdapat beberapa perbezaan antara dua judul permainan ini. Ini merupakan jawapan beliau:

“God of War itu hebat – ya, saya sudah mainkannya. Ianya fantastik. Saya tidak mahu kata kami terlalu risau kerana kebanyakan permainan video, apabila mereka menyentuh topik ini (Vikings), mereka sebenarnya cenderung ke arah mitologi itu. Jadi itu adalah penampilan hadapannya — kamu main God of War supaya kamu dapat tumbuk Baldur di mukanya, bertemu dengan semua karakter ini, dan mengembara ke persekitaran fantasi.”

“Sangat sedikit permainan video yang mengangkat pengalaman Norse Vikings dari aspek sejarahnya. Saya fikir ransangannya ialah sentiasa dipimpin dengan hal-hal mitologi itu, tapi kami sebenarnya mahu kamu rasa seperti sedang hidup dalam Zaman Gelap di England, yang kamu sedang menjelajahi sisa kejatuhan Rom yang berusia 400 hingga 500 tahun dan saki-baki puak Britain sebelum itu dan malah pagan Saxon sebelum mereka semua memeluk agama Kristian.”

ACV

Penjelasan yang dibuat oleh McDevitt ini pastinya sedikit sebanyak telah menenangkan kembali para peminat Assassin’s Creed yang khuatit bahawa francais ini akan ke arah yang lebih berfantasi dan tidak lagi berdasarkan peristiwa bersejarah. Buat peminat, jangan risau kerana Assassin’s Creed masih lagi akan memfokuskan kepada peristiwa sejarah dan kisah-kisah dunia sebenar yang pernah berlaku dan bukannya kisah mitos fantasi seperti yang ada dalam God of War.

Seperti yang telah diumumkan oleh pihak Ubisoft baru-baru ini, mereka telah mengumumkan secara rasmi bahawa permainan Assassin’s Creed akan datang bertemakan Vikings dan diberi judul rasmi sebagai Assassin’s Creed ValhallaTrailer pertama untuk permainan tersebut buat  akhirnya diperlihatkan oleh mereka semalam. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.

Ubisoft Perlihatkan Trailer Rasmi Assassin’s Creed Valhalla Kepada Umum