Syarikat SteamWork baru-baru ini telah mengumumkan bahawa pihaknya akan menganjurkan The Steam Game Festival untuk musim panas yang akan bermula pada 9 Jun 2020 sehingga 14 Jun 2020.

The Steam Game Festival merupakan sebuah acara digital dianjurkan oleh mereka kepada peminat-peminat permainan video diluar sana. Acara ini menawarkan pelbagai demo permainan yang masih belum dikeluarkan untuk memberi peluang kepada pemain untuk mencubanya dalam masa yang terhad.

Steam Game Festival

Pengumuman tersebut turut disahkan oleh penerbit The Game Awards iaitu Geoff Keighleydi laman Twitter miliknya. Sekiranya anda terlepas untuk edisi Musim Bunga bulan lalu, acara yang akan datang akan menjadi peluang terbaik untuk mencuba demo percuma dan melihat kandungan baru dari permainan yang sedang dalam pembikinan.

Pihak Steamwork baru sahaja memulakan proses pendaftaran pembangun untuk acara tersebut, jadi tidak banyak yang diketahui mengenai demo dan kandungan apa yang akan dipersembahkan nanti. Walau bagaimanapun, ia pastinya menjanjikan pameran yang sama seperti edisi musim bunga lalu, yang mempunyai 59 persembahan secara eksklusif daripada pemaju indie.

Acara ini pernah dianjurkan oleh Steam sebanyak dua kali iaitu kali pertama acara ini diadakan adalah sebagai sebahagian daripada The Game Awards, dan kali kedua acara ini dianjurkan adalah untuk memberi peluang kepada pemain untuk mencuba permainan yang sepatutnya diperlihatkan di GDC pada bulan Mac lalu.

Penganjuran pada bulan Jun ini, berkemungkinan besar adalah untuk menggantikan E3 2020 yang telah dibatalkan pada tahun ini. Namun begitu, Steam masih mencari pembangun yang berminat untuk menyertakan acara mereka ini.

Seperti semua sedia maklum, acara E3 2020 telah dibatalkan sepenuhnya pada tahun ini gara-gara penularan wabak Covid-19. Sementara itu, IGN juga turut mengumumkan bahawa meraka akan menjadi tuan rumah untuk acara “Summers of Gaming “pada awal bulan Jun ini, yang mana akan melibatkan rakan kongsi mereka  seperti Square Enix, Sega, Bandai Namco, Amazon, Google, Twitter, Devolver digital, dan THQ Nordic. Tujuan acara ini diadakan adalah untuk megisi kekosongan yang ditinggalkan E3 disebabkan pembatalan mereka gara-gara wabak Covid-19.

Jika anda pembangun ataupun pemain yang beminat untuk mengikuti acara inin, anda boleh ke laman rasmi untuk acara ini, bagi maklumat lanjut.

Sebelum ini, E3 2020 telah dibatalkan sepenuhnya oleh ESA gara-gara wabak Covid-19 yang melanda dunia ketika ini. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.

E3 2020 Dibatalkan Sepenuhnya, Tiada Pembentangan Digital Dilakukan