Dua siri Assassin’s Creed sebelum ini iaitu Origins dan Odyssey memperlihatkan satu dunia open-world yang sangat besar dalam francais Assassin’s Creed, manakala untuk Valhalla, Ubisoft menampilkan dunia yang lebih kecil dan jalan cerita yang lebih pendek dari siri sebelumnya, Odyssey.
Menerusi laporan VG247, Ketua komunikasi Ubisoft Timur Tengah, Malek Teffaha telah berkata bahawa Assassin’s Creed Valhalla tidak akan menjadi permainan video paling panjang mahupun paling luas dalam francais ini. Pihaknya membuat keputusan ini bagi memenuhi maklum balas yang diberikan oleh peminat-peminat francais ini.
Sebelum ini, peminat-peminat francais ini mengkritik tentang dunia Origins dan Odyssey yang sangat luas sehinggakan ianya mengambil masa yang terlalu lama untuk diselesaikan. Francais permainan ini juga menerima kritikan di mana permainan ini seolah-olah sudah terlalu jauh daripada identiti sebenarnya dan mula dipersoalkan oleh peminat mereka. Namun begitu, Ubisoft menerusi pengarah naratifnya sudahpun menjawab persoalan yang menjadi tanda tanya tersebut.
Disebabkan beberapa perkara inilah, pihak mereka memutuskan untuk memperkecilkan dunia Valhalla kali ini.
Seperti yang dimaklumkan dalam artikel sebelum ini, judul terbaharu daripada Ubisoft ini akan membawa pemain ke abad ke-9 England, di mana ketika itu kerajaan Inggeris saling berperang sesama sendiri bersama Viking. Sebagai seorang askar Viking bernama Eivor, pemain perlu memimpin puak Viking untuk membina petempatan baru di tengah-tengah kemaraan kuasa penjajah Inggeris.
Lebih menarik lagi, Di Assassin’s Creed Valhalla, hampir setiap keputusan yang anda buat akan memberi impak kekal di seluruh kawasan yang terdapat dalam permainan ini. Ini bermaksud Setiap pakatan politik yang anda cipta, strategi pertempuran yang anda gunakan, dan pilihan dialog yang anda buat akan mengubah perjalanan pemain.
Dilancarkan pada hujung tahun ini untuk PlayStation 5, Xbox Series X, PlayStation 4, Xbox One, PC, dan Stadia. Di dalam Assassin’s Creed Valhalla pemain bebas untuk menyerang, menakluk, dan memperjuang untuk kejayaan di tanah baru yang penuh misteri dan kekejaman.
*Update: Ashraf Ismail selaku pengarah bagi Assassin’s Creed Valhalla telah mengumumkan bahawa dunia Valhalla sedikit besar berbanding Odyssey. Pengumuman ini dibuat beberapa hari selepas artikel ini ditulis.
Jika anda berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan permainan terbaharu daripada Ubisoft ini, klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.
Ubisoft Perlihatkan Trailer Rasmi Assassin’s Creed Valhalla Kepada Umum
Pengarah Assassin’s Creed Valhalla Menjawab Kerisauan Peminat