Arc System Works baru-baru ini telah mengumumkan bahawa permainan pertempuran akan datang mereka iaitu Guilty Gear Strive telah ditunda ke  tahun 2021.

Permainan tersebut pada asalnya akan dilancarkan sekitar tahun ini di konsol PlayStation 4. Walau bagaimanapun, menurut kenyataan rasmi Takeshi Yamanaka selaku penerbit permainan video tersebut, penundaan ini adalah disebabkan kesan wabak koronavirus (Covid-19) yang menyebabkan beberapa pembangunan permainan itu terbantut.

Takeshi Yamanaka membuat pengumuman tersebut di laman Twitter dan di laman web rasmi pembangun Arc System Works. Berikut merupakan kenyataan yang dikeluarkan oleh Takeshi Yamanakan berkenaan penangguhan permainan tersebut:

Semestinya ini bukanlah satu perkara yang baru yang mengejutkan kerana sudah terdapat banyak permainan video yang terpaksa ditunda gara-gara wabak pandemik ini. Malahan, kebanyakan acara permainan video seperti E3 2020 dan Gamescom 2020 juga turut dibatalkan, Apa yang dapat disimpulkan ialah kesan wabak yang semakin tular ini sememangnya memberi pelbagai masalah buat industri ini. Namun begitu, Arc System Works pasti akan melancarkan permainan ini dengan kualiti yang baik menjelang tahun hadapan.

Guilty Gear Strive adalah permainan perlawanan berdasarkan siri Guilty Gear yang mana ianya memfokuskan bentuk pertempuran yang menggunakan senjata dengan pelbagai watak menarik. Ianya dijadualkan untuk dilancarkan sekitar tahun ini khas di konsol PlayStation 4.

Guilty Gear Strive

Guilty Gear Strive telah diumumkan pada tahu lepas dan dijadikan sebagai reboot untuk francais bagi judul ini. Arc System Works telah mengesahkan sembilan watak yang boleh dimainkan iaitu Sol Badguy, Axl, Potemkin, Ky Kiske, May, dan Faust, dan beta bagi permainan ini telah pun dilakukan pada bulan April yang lalu.

Dengan pengumuman ini, permainan ini secara rasminya akan dilancarkan sekitar tahun hadapan dan hanya dilancarkan secara ekslusif di konsol PlayStation 4. Anda boleh menonton gameplay permainan ini pada video yang terdapat di bawah.

Wabak Covid-19 yang melanda dunia ketika ini memberi kesan yang besar kepada banyak industri di dalam dunia, termasuklah industri permainan video ini. Bagi mereka yang berminat untuk mengetahui permainan video apa dan acara apa yang tertunda gara-gara wabak Covid-19 ini, ada boleh klik pautan di sini untuk bacaan lanjut.

Sebelum ini, acara permainan video terbesar di Jepun iaitu Tokyo Game Show 2020 terpaksa dibatalkan gara-gara wabak ini. Klik pautan di bawah untuk dijadikan bahan bacaan lanjut.

Tokyo Game Show 2020 Dibatalkan Gara-Gara Covid-19