Beberapa hari yang lalu, Activision telah mengumumkan bahawa mereka akan membawa kembali permainan Tony Hawk’s Pro Skater 1+2 di konsol dan PC dan terkini pihak mereka mengumumkan pula pelbagai lagu latar daripada permainan asal seperti Superman dan Guerrilla Radio.

Senarai lagu bagi Spotify ini hanya merangkumi 18 lagu sahaja, sepatutnya senarai tersebut akan menampilkan 26 lagu jika digabungkan kedua-dua permainan tersebut, jadi berkemungkinan senarai main tersebut kehilangan beberapa lagu yang akan ada di Pro Skater 1 dan 2 Tony Hawk. Berikut adalah senarai lagu yang disertakan:

  • Police Truck – the Dead Kennedys
  • Superman – Goldfinger
  • Jerry Was a Race Car Driver – Primus
  • New Girl – The Suicide Machines
  • Here and Now – The Ernies
  • Euro-Barge – The Vandals
  • Blood Brothers – Papa Roah
  • Guerrilla Radio – Rage Against the Machine
  • Pin the Tail on the Donkey – Naughty by Nature
  • You – Bad Religion
  • When Worlds Collide – Powerman 5000
  • No Cigar – Millencolin
  • Cyclone – Dub Pistols
  • May 16 – Lagwagon
  • Subculture – Dieslboy + Kaos VIP – Styles of Beyond and Dieselboy + Kaos
  • Heavy Metal Winner – Consumed
  • Evil Eye – Fu Manchu
  • Five Lessons Learned – Swingin’ Utters

Walau begitu, menurut laporan daripada Polygon, terdapat beberapa lagu yang tidak disertakan namun masih lagi berada di dalam imej yang dikongsikan oleh Activision seperti:

  • Vilified – Evenrude
  • Screamer – Speedealer
  • Nothing To Me – Speedealer

Manakala, lagu latar yang tidak langsung tersenarai daripada permainan asal juga adalah seperti berikut:

  • Bring the Noise – Anthrax & Public Enemy
  • B-Boy Document ‘99 – The High & Mighty, featuring Mos Def & Mad Skillz
  • Out With the Old – Alley Life
  • Cyco Vision – Suicidal Tendencies
  • Committed – Unsane

Lebih menarik lagi, Activision juga turut  menyediakan satu senarai khas buat lagu-lagu latar tersebut di mana ianya boleh distrimkan secara terus melalui aplikasi Spotify.

lagu latar 2

Sebelum ini, Activision  telah mengumumkan secara rasmi yang mana mereka akan membawa kembali permainan Tony Hawk’s Pro Skater 1 dan 2 sebagai versi remastered iaitu Tony Hawk’s Pro Skater 1+2. Pengumuman tersebut dilakukan ketika acara Summer Game Fest bersama Geoff Keighley yang disiarkan secara langsung di laman Youtube. Menurut beliau, permainan tersebut akan dilancarkan pada 4 September 2020 ini di konsol PlayStation 4, Xbox One dan juga di PC (Epic Games Store).

Klik pautan di bawah jika anda berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai permainan video ini.

Tony Hawk’s Pro Skater 1+2 Bakal Dilancarkan September Ini