Metronomik baru-baru ini telah mengumumkan bahawa permainan video pertama buatan Malaysia iaitu No Straight Roads yang akan dilancarkan pad 30 Jun ini bukan sahaja dikeluarkan untuk PlayStation 4 dan PC, sebaliknya Nintendo Switch dan Xbox One juga turut akan menerima permainan ini pada hari pelancarannya kelak.
Menariknya, terdapat sedikit ciri tambahan bagi versi Nintendo Switch. Tujuan ciri tambahan ini dihasilkan adalh untuk memanfaatkan fungsi unik konsol tersebut. Antara fungsinya ialah:-
- Exclusive Assist Mode – Bekerjasama dengan pemain tempatan tambahan untuk mengawal Elliegator, pembantu buaya rahsia yang dapat membantu pemain dalam pertempuran dengan mengambil barang, mengubah alat prop dan memanggil bonus berguna.
- 3-Player Co-Op -Dimainkan bersamaan dengan mod co-op permainan, Assist Mode memungkinkan hingga tiga pemain tempatan mengalami aksi berdasarkan muzik No Straight Roads bersama, hanya di Nintendo Switch. ‘
- Touchscreen Support – Gunakan skrin sentuh sistem Nintendo Switch untuk mengubah alat prop dan mengambil barang.
- Single Nintendo Switch Joy-Con Controller Play – Main sepanjang permainan menggunakan Joy-Con tunggal, atau berikan Joy-Con kedua kepada rakan untuk bermain secara couch co-op.
No Straight Roads akan menampilkan suara penuh dalam bahasa Inggeris, Sepanyol, Perancis dan Jepun. Manakala Substitle pulaakan tersedia untuk bahasa Inggeris, Perancis, Itali, Jerman, Sepanyol, Portugis Brazil, Poland, Rusia, Jepun, Korea, Cina Sederhana dan Tradisional Cina.
Seperti yang dilaporkan di dalam artikel sebelum ini, Collector’s Edition No Straight Roads, yang menampilkan vinyl LP dua sisi eksklusif dengan trek dari OST permainan, buku seni ‘The Art of NSR’ 64 halaman, drumstick NSR rasmi dan kotak persembahan yang funky, akan boleh didapati di Nintendo Switch, Xbox One dan PS4.
Permainan video ini diarahkan oleh Wan Hazmer, yang dahulunya merupakan seorang lead game designer Final Fantasy XV dan Daim Dziauddin, concept artist untuk permainan video Street Fighter V, No Straight Roads adalah permainan aksi-pengembaraan yang menggabungkan elemen permainan hack-dan-slash pantas dengan permainan yang berunsurkan ritma dan rentak.
Selain itu, Metronomik juga turut memperlihatkan trailer terbaru permainan tersebut. Anda boleh menonton trailer sebut di bawah ini.
Pra-tempah untuk permainan ini telah boleh mula dilakukan sekarang di retail store di Malaysia, Singapura, Thailand, Filipina dan Indonesia untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC. Manakala, untuk Nintendo Switch pula, senarai penuh peruncit boleh didapati di laman web Maxsoft rasmi.
Klik artikel di bawah untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai permainan pertama buatan Malaysia sepenuhnya ini.
No Straight Roads Bakal Dilancarkan 30 Jun Ini Di PlayStation 4 dan PC