Semalam telah gempar di seluruh media sosial di mana jalan cerita untuk sekuel The Last of Us telah tertiris di Internet. Apa yang lebih membimbangkan ialah gameplay bagi judul tersebut memperlihatkan butiran jalan cerita yang besar. Ini memberi satu tamparan hebat  untuk pasukan pembangun sekuel The Last of Us Part II  iaitu Naughty Dog.

Oleh yang demikian, Sony Interactive Entertainment hari ini akhirnya telah mengumumkan tarikh pelancarannya di mana permainan video The Last of Us Part II akan dilancarkan pada 19 Jun 2020.

Sekuel The Last of Us

 

Lebih menarik lagi, beserta dengan tarikh pelancaran permainan video keluaran Naughty Dog ini, Sony turut mengumumkan tarikh pelancaran baharu untuk Ghost of Tsushima, iaitu akan dilancarkan pada 17 Julai 2020. Untuk lebih mudah difahami, permainan video yang dibangunkan oleh Sucker Punch ini telah ditunda dari tarikh asalnya pada 26 Jun.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh di PlayStation Blog oleh Ketua Worldwide Studios SIE iaitu Hermen Hulst, beliau berkata:

“Saya ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih secara peribadi kepada Naughty Dog dan Sucker Punch Productions atas pencapaian mereka, seperti yang kita tahu ia bukannya mudah untuk sampai ke garisan penamat di bawah situasi ini (pandemik COVID-19). Kedua-dua pasukan telah menyajikan pengalaman bertaraf dunia, dan kami tidak sabar untuk melihat apa yang kamu fikirkan terhadap game-game ini apabila ia dilancarkan dalam beberapa bulan lagi.”

“Dan akhir sekali, saya ingin berterima kasih kepada komuniti PlayStation atas sokongan dan kesabaran mereka yang berterusan.”

Ghost of Tsushima

Ghost of Tsushima merupakan sebuah permainan video yang berkonsepkan aksi dan stealh dan seakan-akan dengan Souls series. Ianya dimainkan dari perspektif orang ketiga dan menampilkan dunia terbuka yang besar tanpa titik arah dan dapat diterokai tanpa panduan.

Bagi mereka yang merupakan kipas susah mati PlayStation pastinya tidak sabar untuk menantikan kedua-dua game eksklusif Sony yang  ini. Diharapkan tiada lagi penundaan atau perubahan tarikh secara mengejut kerana bulan Jun dan Julai sudah tidak lama lagi.

Sebelum ini, terdapat khabar angin mengatakan bahawa sekuel untuk Horizon Zero Dawn sedang dibangunkan untuk konsol PlayStation 5. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.

Sekuel Horizon Zero Dawn Dilaporkan Dibangunkan Untuk PlayStation 5