Nampaknya karakter Deadpool dari Marvel kini tiba untuk membuat kacau di dunia Fornite. Seperti semua sedia maklum, permainan Battle Royal Fornite baru-baru ini telah mengumumkan musim kedua mereka beserta dengan Battle Pass baharu yang mengandungi watak anti-hero terkenal dari Marvel iaitu Deadpool.

Karakter Deadpool Fornite

Kulit kosmetik Deadpool ini boleh didapati kepada mereka yang membeli Battle Pass terbaru Fortnite dan cara untuk mendapatkannya pula sangat mudah; apa yang pemain perlu lakukan adalah dengan mencari dua pistol tersembunyi di skrin menu. Sebaik sahaja selesai berbuat demikian, masuk ke dalam perlawanan permainan tersebut dan bertukar ke karakter Deadpool di mana-mana Pondok telefon yang terdapat di pulau Fornite tersebut.

Lebih menarik lagi, pemain juga boleh mendapatkan pedang Katana berkembar milik Deadpool dan kulit kosmetik Deadpool versi tanpa topeng di dalam permainan ini. Selain itu, kapal layar yang terdapat di bahagian timur laut peta Fornite juga telah diubah menjadi bot parti Deadpool, lengkap dengan belon gergasi dan pad pendaratan helikopter.

Anda boleh menonton trailer Deadpool ini di bawah.

Deadpool merupakan salah satu watak Marvel yang dibawa masuk ke dalam Fornite hasil kolaborasi kedua syarikat tersebut. Sebelum ini, kulit kosmetik Black Widow, Star Lord dan Thanos terlebih dahulu masuk ke dalam dunia Fornite sebagai salah satu langkah bagi mempromosikan filem Avengers:Endgame.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan kulit kosmetik Deadpool ini atau mengenai Battle Pass terbaru Fortnite, anda boleh layari laman web rasmi Fortnite di sini.

Anda juga mungkin berminat untuk membaca lebih banyak artikel-artikel terbaharu berkenaan dunia gaming. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.

John Wick Hex Bakal Dilancarkan Di PlayStation 4 Pada Bulan Hadapan

The Last of Us Part II Turut Ditunda Disebabkan Wabak Covid-19