Menurut satu laporan daripada GameIndustry.Biz, pihak ESA kini telah mengumumkan secara rasmi tarikh untuk acara E3 (Eletronic Entertainment Expo) bagi tahun 2021 iaitu akan berlangsung pada pada 15 hingga 17 Jun 2021. Berita tersebut dikongsikan oleh ESA kepada rakan-rakan kongsinya petang semalam.

Seperti pembaca sedia maklum, E3 untuk tahun ini telah dibatalkan gara-gara penularan wabak pandemik Covid-19 yang sedang melanda dunia pada ketika ini. Namun begitu, pihak ESA menyatakan mereka berminat untuk mengadakan acara secara digital pada bulan Jun ini. Walaupun begitu, buat masa ini sebarang informasi berkenaan acara digital tersebut masih belum diumumkan.

E3

Sementara itu, IGN semalam turut mengumumkan bahawa meraka akan menjadi tuan rumah “Summers of Gaming “pada awal bulan Junini, yang mana akan melibatkan rakan kongsi mereka  seperti Square Enix, Sega, Bandai Namco, Amazon, Google, Twitter, Devolver digital, dan THQ Nordic. Tujuan acara ini diadakan adalah untuk megisi kekosongan yang ditinggalkan E3 disebabkan pembatalan mereka gara-gara wabak Covid-19.

Untuk mereka belum mengetahui tentang acara E3, E3 merupakan sebuah ekspo untuk industri permainan video komputer dan lain-lain yang dianjurkan oleh Entertainment Software Association (ESA). Ekspo ini digunakan oleh ramai pembangun permainan video untuk menunjukkan judul-judul permainan video mereka yang akan datang selain daripada perkakas komputer.

Acara ini dianggap sebagai salah satu ekspo terulung dalam industri permainan video dan kebanyakan para kritik permainan video, termasuklah GameSpot, G4, IGN dan Game Informer Magazine merekodkan ekspo tahunan ini secara rutin dan kadang-kala mempersembahkan beberapa siri anugerah E3.

Sebelum ini, Bethesda membuat satu yang mengejutkan ramai pihak terutama peminat mereka, di mana pihaknya tidak akan menyertai pembentangan digital bagi menggantikan acara E3 2020 yang telah dibatalkan. Klik pautan di bawah untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan pengumuman tersebut.

Bethesda Tarik Diri Dari Pembentangan Digital E3 Tahun Ini