Nampaknya peminat siri Pokemon tidak perlu menunggu lama untuk melihat pengembaraan terbaru Ash Ketchum dan Pikachu kerana musim ke-23 untuk siri animasi ikonik Pokémon akan ditayangkan di Netflix pada 12 Jun 2020 dengan judul baharu Pokémon Journeys: The Series.

Pokémon Journeys: The Series

Dalam anime ini, Ash telah meninggalkan wilayah Alola dengan rancangan baru dalam minda: iaitu untuk mengembara dan melihat dunia. Ash akan mengembara bersama rakan karibnya iaitu Pikachu dan protagonis baru yang bernama Goh, seorang kanak-kanak dengan rasa ingin tahu yang kuat untuk Pokémon. Dengan Ash yang bertekad untuk menjadi Pokémon Master, dan Goh yang ingin menangkap setiap jenis Pokémon termasuk Mew, para protagonis kita memulakan perjalanan untuk menjelajahi dunia Pokémon yang begitu luas.

Pokémon Journeys: The Series juga menampilkan lagu tema baharu yang ditulis dan dipersembahkan oleh kumpulan Walk off the Earth. Peminat dapat melihat trailer baru untuk musim akan datang Pokémon Journeys: The Series dan mendengar sebahagian daripada lagu tema baru di halaman YouTube rasmi Pokémon.

Anda boleh menonton video trailer tersebut di bawah ini.

Menerusi video trailer tersebut, dilihat Ash dan Goh menunggang Lugia iaitu salah seekor Pokémon legenda di dalam siri tersebut. Selain itu, trailer tersebut turut memperlihatkan juga musuh ikonik Ash iaitu Team Rocket.

Lebih menarik lagi, siri animasi ini juga mungkin akan mengambil beberapa elemen daripada permainan Pokémon Sword dan Shield memandangkan ia memaparkan beberapa bentuk evolusi Dynamax, iaitu evolusi Pokémon seterusnya dari permainan tersebut.

12 episod pertama akan tersedia untuk ditonton di Netflix ketika siri ditayangkan pada 12 Jun, dan 12 episod lagi akan ditambah setiap tiga bulan selama musim ini masih ada. Jangan lupa untuk tandakan kalendar anda untuk debut anime terbaharu ini pada 12 Jun ini.

Sebelum ini, Netflix turut mengesahkan musim ke-4 untuk siri anime Castlevania. Ini sedikit sebanyak menjawab persoalan peminat animasi Castlevania sama ada animasi ini diteruskan atau tidak. Namun begitu, Netflix dilihat tidak berkongsi sebarang tarikh pelancaran mahupun jumlah episod bagi musim ke-4 tersebut. Ianya berkemungkinan bukanlah dalam masa terdekat ini untuk musim baharu ditayangkan. Berdasarkan rangka masa untuk musim-musim sebelum ini, berkemungkinan Castlevania musim ke-4 bakal ditayangkan pada pertengahan atau hingga lewat tahun depan.

Netflix Sahkan Castlevania Musim ke-4 Bakal Menjadi Kenyataan