Permainan video buatan Malaysia No Straight Roads bakal dilancarkan pada 30 Jun 2020 untuk PlayStation 4 dan PC secara ekslusif melalui Epic Store. Pengumuman tersebut dibuat sendiri oleh pereka dan pengarah permainan tersebut iaitu Wan Hazmeer di blog rasmi PlayStation.
ROCK YEAH! We are so excited to announce that No Straight Roads launches on PS4 & PC via the Epic Games Store on June 30, 2020! Pre-orders available now!
Posted by No Straight Roads on Friday, 27 March 2020
Permainan ini menggabungkan elemen permainan hack-dan-slash pantas dengan permainan yang berunsurkan ritma dan rentak. Permainan video ini mempunyai gaya seni visual yang menarik dan runut bunyi yang cemerlang. Di dalam permainan ini, pemain akan mengawal dua watak utama iaitu Mayday dan Zuke, dua ahli muzik Rock yang akan menentang empayar EDM yang jahat.
Selain itu, edisi Collector untuk PS4 buat permainan tersebut juga diumumkan.
Seperti yang anda lihat di atas, set edisi Collector’s tersebut akan disertakan pelbagai barangan tambahan seperti:
- Permainan penuh No Straight Roads
- Buku karya seni khas dengan 64 muka surat
- Kayu drum esklusif rekaan NSR
- Rekod vinly muzik latar permainan
Blog yang sama juga turut memberikan kita teaser lagu yang akan diketengahkan dalam permainan tersebut, khususnya lagu yang mengiringi pertempuran terhadap DJ Subatom supernova, salah satu daripada bos utama dalam permainan.
Bercakap tentang bos, Kumpulan antagonists 1010 juga turut didedahkan di dalam blog tersebut, dengan caption bahawa ini “perlawanan berkelajuan tinggi” tidak seperti yang terdapat pada bos lain dalam permainan ini.
Buat masa sekarang ini, senarai harga masih lagi tidak diumumkan oleh pihak syarikat mahupun dari PlayStation sendiri. No Straight Roads merupakan permainan sulung untuk pembangun tempatan Metronomik yang diketuai oleh Wan Hazmeer.