Bersempena dengan ulang tahun siri NieR yang ke-10 tahun ini, Square Enix baru-baru ini mengumumkan beberapa berita baharu untuk peminat siri ini.

Pertama sekali, Square Enix mengumumkan bahawa Nier Replicant bakal mendapat versi penambah-baikan (Remastered) untuk PC (Steam) PlayStation 4 dan Xbox One dan dikenali sebagai Nier Replicant ver. 1.22474487139.

Pengumuman Square Enix ini di buat melalui sebuah video acah permainan tersebut di saluran YouTube rasmi mereka. Anda boleh melihat video acah tersebut di bawah ini.

Berdasarkan video teaser tersebut, permainan video ini dibangunkan oleh Toy Logic dan ianya adalah berdasarkan permainan NieR Replicant yang dilancarkan pada tahun 2010.

NieR Replicant ver. 1.22474487139 akan menampilkan lakonan suara latar baharu, muzik yang dirakamkan semula dan muzik-muzik baharu daripada komposer Keiicher Okabe, serta beberapa karakter baharu dan mungkin juga penamat baharu yang berbeza.

Menurut laporan daripada IGN, Square Enix mengesahkan bahawa versi Remastered ini akan dipasarkan secara global dan ianya sememangya berdasarkan permainan NieR Replicant yang dilancarkan di PlayStation 3 lepas yang memfokuskan dua watak utama yang lebih muda iaitu gabungan adik beradik. Berbanding pula untuk versi NieR Gestalt yang memfokuskan dua watak utama yang merupakan kombinasi ayah dan anak. Sebelum ini, NieR Replicant tidak dilancarkan secara global dan ianya ekslusif untuk pasaran Jepun sahaja.

Square Enix Nier Series

Di samping itu, Square Enix juga turut  mengumumkan sebuah game NieR baharu yang akan dilancarkan ke peranti iOS dan Android yang diberi judul NieR Reincarnation.

Square Enix Nier ReIncarnation

Buat masa ini, pihak mereka tidak mengumumkan sebarang tarikh pelancaran untuk permainan mudah alih ini. Anda boleh melihat video acah permainan tersebut di bawah ini.

Akhir sekali, akaun Twitter rasmi Nier Automata telah mengumumkan bahawa NieR Automata: Become as Gods akan hadir untuk Xbox Game Pass bermula 2 April ini. Edisi ini akan dilengkapi dengan beberapa kandungan DLC yang dilancarkan sebelum ini termasuklah pilihan pakaian baharu, misi tambahan dan beberapa barangan kosmetik yang lain.