Pesaing terhebat Steam, Epic Games Store kini telah memperkenalkan satu sistem keselamatan baharu iaitu pengesahan dwi-faktor untuk setiap pengguna.
Epic Games telah mengeluarkan kenyataan bahawa bermula 28 April sehinggalah 21 Mei 2020, pengguna perlu mengaktifkan ciri pengesahan dwi-faktor untuk menebus permainan-permainan percuma yang akan diberikan oleh pihak mereka kelak.
Bagi yang mereka sudah menghidupkan fungsi ini, tiada lagi pop-up tambahan apabila ingin menebus permainan-permainan percuma tersebut. Untuk makluman semua, pihak mereka menyatakan kepada pihak media bahawa penggunaan pengesahan dwi-faktor ini adalah untuk melindungi akaun para pengguna daripada akses yang tidak disahkan, serta menambah tahap keselamatan tambahan kepada akaun setiap kali apabila log masuk.