Terkini, Bithell Games dan Good Shepherd Entertainment telah mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan permainan John Wick Hex ke konsol PlayStation 4 pada 5 Mei 2020 ini.

Sebelum ini, permainan ini telah pun dilancarkan di platform PC melalui Epic Games Store sahaja dan ianya dijual dengan harga sekitar RM44. Anda boleh menyaksikan trailer permainan tersebut di bawah ini.

Permainan John Wick Hex ini memfokuskan bentuk pertempuran aksi strategi yang mana ianya mempunyai elemen Gun-Fu iaitu seni mempertahankan diri dengan penggunaan pistol, seperti mana yang kita sering lihat di dalam filem asal John Wick. Lebih menarik lagi, Jonathan Eusebio itu koordinator lagak aksi filem John Wick juga turut terlibat dalam proses pembikinan permainan ini.

John Wick Hex

Dari segi jalan ceritanya pula, Lionsgate Games menyatakan bahawa permainan ini akan mengembangkan lagi penceritaan asal yang terdapat dalam filem John Wick dan permainan ini akan mempunyai jalan ceritanya yang tersendiri yang dihasilkan khas untuk permainan ini.

Dengan pelancaran versi konsol ini juga, Bithell Games turut mendedahkan bahawa mereka sedang bekerjasama bersama Ant Workshop bagi menghasilkan kawalan khas yang menggunakan alat kawalan Dualshock 4 yang mana setiap gerak geri dan kemahiran John Wick lebih mudah untuk dimainkan buat versi ini.

Kepada peminat-peminat siri filem John Wick, inilah masanya untuk anda menjadi Baba Yaga di dalam permainan ini. Jangan lepaskan peluang anda untuk dapatkannya menjelang bulan hadapan.

Sebelum ini, satu lagi permainan yang berunsurkan strategi iaitu The Legend Of Heroes; Trails Of Cold Steel IV bakal dilancarkan di PlayStation 4 tahun ini.

The Legend Of Heroes; Trails Of Cold Steel IV Bakal Dilancarkan Secara Global Tahun Ini