aBaru-baru ini tular di media sosial di mana ada sumber mengatakan bahawa mangaka (pelukis) My Hero Academia akan berkolaborasi bersama dengan satu lagi siri manga dan anime popular iaitu One Piece. Kedua-dua siri manga ini merupakan dua francais manga yang sangat popular di seluruh dunia ketika ini, dan walaupun kedua-dua siri tersebut masih belum bertemu dalam crossover rasmi. Namun ada berita baik untuk mereka yang mengikuti siri anime ini.

Mangaka atau pencipta My Hero Academia akan meminjam bakat seninya untuk menghasilkan semula krew-krew utama bagi siri One Piece ini iaitu Krew Topi Jerami pada isu akan datang. Kohei sendiri akan melukis beberapa watak ikonik dalam krew Luffy dan menjelaskan perubahan reka bentuk yang dihasilkan dalam visi beliau.

Berita ini dikongsikan oleh seorang warga Twitter iaitu  @prmassss, beliau menyatakan bahawa majalah terbaru One Piece akan memaparkan lakaran daripada pencipta My Hero Academia, dengan Kohei sendiri melukis beberapa lanun terkenal dalam versinya sendiri. Tambah beliau diperkongsian tersebut, antara watak yang dilukis oleh Kohei ialah Zoro, yang mana merupakan salah seorang krew Topi Jerami dan orang kanan kepada watak utama Monkey D. Luffy.

Buat masa ini, One Piece tidak lagi bersaing dengan My Hero Academia untuk jumlah jualan keseluruhan manga, sebaliknya One Piece sedang bersaing dengan siri terkenal baharu Demon Slayer. Walaupun anime Demon Slayer baru sahaja ditayangkan tahun lepas bagi musim pertamanya, ia telah merampas takhta “manga paling hebat untuk 2019” daripada cengkaman One Piece.

Mangaka

Walau bagaimanapun, One Piece masih merupakan salah satu francais anime paling lama dan terkenal di dunia. Dengan adanya kolaborasi antara Kohei Horikoshi dan Eiichiro Oda dalam lakaran-lakaran ini, pasti menarik untuk melihat jika kedua-dua francais tersebut akhirnya mempunyai pertemuan rasmi.

Sebelum ini, anime One Piece pernah berkolaborasi dengan banyak francais anime lain seperti Toriko, Naruto, dan pernah bertemu dengan Goku daripada siri Dragon Ball di dalam satu episod istimewa di mana mereka bertarung. Semestinya dengan kolaborasi ini sedikit sebanyak mengembirakan hati kedua-dua peminat siri anime dan manga tersebut.

Sebelum ini, syarikat tempatan kita juga iaitu Monsta turut mengumumkan animasi terbaru mereka iaitu Mechamato. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.

Mechamato, Animasi Terbaru Monsta Kini Diperlihatkan Secara Rasmi